Wednesday, March 14, 2012

Teringat abah

Last nite masuk bilik mak, aku buat apa yang patut. Mak xde, gi umah Abang Dar kt Putrajaya.So, aku berjemaah dgn anak2 kt dlm bilik mak. Dah habis solat maghrib, aku terpandangkan rak tv. Bawah tu ada bukus, and 1 of them is Abah punya diary. Diary ni is nothin too personal, its more like a schedule book abah. Aku tgk balik tulisan org tua tu, lebih kurang aku je buruknye, heheheh...

Then belek2 punya belek, aku tgk rupenye ada terselit gambo aku masa aku form 6 kot - tgh kursus kt UKM...aku tak ingat maybe wakt tu aku form bape entah.kelakor..apa dibuatnya dia simpan gambo aku tuh org tua ni..Pastu belek2 lagi aku jumpa ada satu page ni dia tulis semua result aku - SPM!

Aku rasa dia tulis tu sebab dia dpt result tu awal sehari sebelum keputusan SPM official keluar. Maknenye dia call member dia org LPM le tu...takpun Hj. Kamarzaman Tuah... Kelakor.....punyela teruk result aku tu...hehehe..

Dah habis belek diary tu, aku pi la pasang lampu bilik mak yg blow tu - ada 2 tempat - yg aku dh janji nk pasang sblm ni tapi x pasang2 pun. So aku pasangkan and then aku tgk jam dinding abah yang ada bunyi tik-tok-tik-tok mcm mini grandfather's clock tu...so itupun aku dh tukar bateri dia and bunyikan balik jam tu...

Terus nk menangis terkeluar air mata sbb teringat yg abah suka benor dgn jam tu...

Aku bukak almari baju - tgk baju2 abah still ada lagi kt tempat dia, x berubah pun.

Seluar yg dia dh pakai sebelum ni pun, yg biasanya dia gantung blakang pintu - pun ada lagi...x ubah2.

Songkok2 dan kopiah2 dia pun x berubah tempat...

Bila aku nampak ni semua, lagi sebak aku rasa...

Mak pun x sanggup nk ubah, apatah lagi nk buang barang2 tu semua. Aku paham, mak masih rindukan abah. Terfikir aku akan kasih sayang seorang isteri kepada suaminya. Ramai org ckp mak dan abah tak ubah mcm belangkas, kemana saja mesti nak berdua2an. Love.

Abah selalu ckp, dia sygkan mak - the one and only. Dia pernah kata first of all, dia kata yg dia sygkan mak dia (arwah opah), and mak adalah wanita kedua yg paling dia sayang. But since opah dah meninggal, maklah yg dia paling sayang. Betullah tu, tempat pertama mestilah mak sendiri, baru si isteri.

Bila aku tgk meja kat bilik mak, ada gambar depa berdua...siyes aku sebak nak menangis...

Teringat kt segala apa kenangan yg aku lalui dulu bersama abah.

Terkilan sebab aku tak dpt nk tunaikan segala apa kehendak abah dulu...walaupun aku rasa byk jugaklah yg aku dpt berbakti pada abah, tapi rasa tak syok tu still ada...sebab semasa hayatnya ku byk jugak mcm memperlekehkan apa hajatnya. I shud've spent more time dgn abah.

Masuk hari ni kira lama jugak aku tak pi ziarah kubur abah. Ada time esok aku pegi la kot, insyallah..bawak murni ngan alan skali.

Aku rindu kt abah.

No comments:

Post a Comment